Hari ini aku masih belum ada mood untuk melaksanakan tugas aku dengan penuh komitmen sebab perasaan aku masih terasa sayu kerana orang yang aku sayangi telah pulang ke rumahnya. Dimana lokasinya terlalu jauh dari tempat ku berada kini. Perasaan rindu aku kat indivdu terlalu kuat kerana selama ini, kami hanya berteman biasa. Tapi lama kelamaan perasaan sayangku terhadap individu tersebut semakin kuat.
Namun si dia tidak mengetahui akan perasaan ku terhadap si dia. Pendek kata aku tak pernah luahkan perasaanku kepada si dia. Aku takut untuk melafazkan kepada si dia. Ini kerana aku takut si dia akan cuba menjauhi dirinya dari ku. Manakala si dia pulak tidak pernah untuk melafazkan sayang kepada diriku ini. Mungkinkah aku ni hanya berkhayal atau syok sendiri? Kami telah lama kenal. Namun perkenalan itu hanya sebuah perkenalan persahabatan antara aku dengan si dia. Tiada perasaan untukku memiliki hatinya. Pernah juga ingin aku luahkannya, namun ku tidak mampu untuk luahkan.
Apakah yang harus aku lakukan? Aku buntu. Perasaan rindu, perasaan sayang kepada si dia lebih kuat dari perasaan sayang dan rindu kepada bekas tunang ku. Namun anganku hanya sementara , setelah aku dapat tahu si dia sudah berpunya. Hancur harapan ku untuk memiliki si dia. Ini kerana si dia lebih menyayangi orang lain dariku. Ialah perhubungan percintaan mereka lebih lama berbanding dengan aku. Hubungan aku dengan si dia adalah umpama seketika sahaja. itu pun sekadar teman yang rapat. Biarlah ia menjadi sebuah kenangan dalam hidupku. Aku hanya mampu berdoa semoga si dia berbahagia dengan orang yang si dia sayangi.
Friday, November 16, 2012
Pengenalan kepada Diriku.
Hello, hye sahabat2 sekalian. Apa kabar.
My name is Bald Alphonse Tagliano a.k.a Apai. Tue adalah nama dalam fb aku. Entah macam mana ntah aku bleh berminat dengan nama tue, aku pon tak tahu....I follow jek. Today hati aku terasa pulak nak cr8 satu blog aku, di mana aku nak luahkan apa kata isi hati aku dalam bentuk sebuah nukilan dalam website. Aku paham sekarang ramai orang menggunakan blog mereka untuk menceritakan mengenai apa jua perkara samaada apa kata perasaan mereka terhadap sesuatu, rentetan harian yang telah mereka lakukan tiap-tiap hari, bisnes online dsb. So aku pon turut serta untuk luahkan perasaan aku ke dalam blog yang aku hasilkan sendiri. So....inilah rentetan cerita perjalanan hidupku. Bermula dari tarikh hari ni... 16 Nov 2012. So mari aku ceritakan.........

Subscribe to:
Posts (Atom)